Dari segi sejarah, operasi-operasi unit telah dikumpulkan untuk menyediakan pelbagai tahap rawatan. Rawatan permulaan dan/atau rawatan utama merujuk kepada operasi-operasi unit fizikal dan merupakan peringkat pertama rawatan yang digunakan ke atas sebarang kumbahan. Rawatan peringkat sekunder pula merujuk kepada proses-proses unit biologi dan kimia manakala rawatan peringkat tinggi merujuk kepada kombinasi ketiga-tiga proses.
Rawatan Permulaan Kumbahan
Rawatan permulaan kumbahan didefinisikan sebagai penyingkiran unsur-unsur kumbahan yang mungkin menyebabkan masalah-masalah penyelenggaraan atau operasi dengan operasi-operasi rawatan. Ini termasuk pemeriksaan dan pengisaran untuk penyingkiran serpihan dan kain buruk, penyingkiran batu-batu halus menerusi pemendapan dan juga penyingkiran minyak dan gris menerusi proses pengapungan.
Rawatan Utama Kumbahan
Di dalam rawatan utama, proses pemeriksaan dan pemendapan akan menyingkirkan sedikit pepejal terapung dan bahan organik. Efluen daripada rawatan utama akan mengandungi kandungan pepejal terapung atau bahan organik yang tinggi.
Rawatan Sekunder Tambahan
Rawatan sekunder kumbahan tertumpu kepada penyingkiran bahan organik terbiodegradasikan dan pepejal terapung dan kebanyakannya menggunakan proses-proses unit biologi. Penyahjangkitan mungkin dimasukkan di dalam rawatan sekunder kumbahan.
Rawatan Peringkat Tinggi Kumbahan
Rawatan peringkat tinggi kumbahan melibatkan penyingkiran nutrien-nutrien, bahan-bahan toksik termasuk logam-logam berat dan penyingkiran seterunya bagi bahan organik dan pepejal terapung. Efluen daripada rawatan peringkat tinggi adalah berpiawaian tinggi dan sesuai untuk diguna semula.
Di Malaysia, masih belum ada rancangan untuk membina sistem-sistem rawatan peringkat tinggi. Tumpuan diberikan untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan permulaan, utama dan sekunder.
Pengaliran masuk kumbahan | Rawatan Permulaan | Rawatan Utama | Rawatan Sekunder | Rawatan Peringkat Tinggi | Pelepasan efluen |
---|---|---|---|---|---|
pemeriksaan | pemendapan | enapcemar teraktif | penurasan | ||
penyingkiran batu-batu halus | pengapungan | penurasan bio | penyahjangkitan | ||
tangki gris | pemendapan | kolam-kolam peringkat tinggi | |||
pra-pengudaraan | |||||
pengukuran aliran | |||||
keseimbangan aliran | |||||
penyingkiran kain buruk, sampah sarap, batu-batu halus, minyak, gris | penyingkiran bahan-bahan terapung dan termendap | rawatan biologi untuk menyingkirkan bahan organik dan pepejal terapung | rawatan biologi dan kimia untuk menyingkirkan nutrien dan patogen |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan